Tuesday, September 20, 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA





TARIKH 16 September merupakan tarikh keramat yang sungguh bererti bagi semua rakyat Malaysia. Tahun ini merupakan tahun kedua kita merayakan Hari Malaysia. Tanpa mengira warna kulit, keturunan, etnik, perbezaan agama, bahasa dan budaya semuanya terangkum dalam satu acuan yang dikenali sebagai 1 Malaysia. Biarpun keutamaannya bahasa Melayu dan agama rasmi Malaysia adalah agama Islam namun hak istimewa kaum-kaum lain yang ada di dalam negara ini tidak diabaikan.

Nasi lemak, roti canai, teh tarik dan yong tau foo sudah menyatukan tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India dalam cita rasa makanan yang satu. Malah sistem persekolahan dan pembahagian ekonomi juga turut memberi menafaat kepada semua bangsa. Moga penyatuan ini akan berterusan walaupun dilanda badai.

Sempena Hari Malaysia, dapatkan buku Sejarah Perlembagaan Malaysia untuk kita menghayati sejarah awal keujudan Malaysia yang tercinta!

SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KINI DI PASARAN!

Harga:RM45
Halaman: 202
Penulis: Abd. Manaf Ahmad
ISBN: 978-983-124-700-6

Kaum-kaum yang berada di negeri ini bolehlah saya memberi jaminan bahawa bangsa Melayu ini bukanlah bangsa yang tamak. Sejarah telah membuktikan bahawa kaum-kaum yang berada di Malaya hari ini, lebih kaya daripada orang Melayu. Kekayaan mereka itu berpunca daripada orang Melayu yang tidak tamak. Orang bukan Melayu berjaya menjalankan perniagaan di kampung Melayu, malah mengalahkan peniaga Melayu di kampungnya sendiri - Tunku Abdullah Abdul Rahman

No comments:

Post a Comment