Tuesday, September 20, 2011

NOVEL BARU

Hai kawan2 RC nak kongsi  novel terbaru dari Buku Prima. Jika kawan2 berkelapangan bolehlah melawat web Buku Prima, macam2 boleh dikongsi

http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp

Hari ini RC nak berkongsi 2 novel yang akan berada dipasaran pada hujung bulan Sept ini ....

1) Air Mata Rindu ~ PITTERIAH ABDULLAH~RM 25.90
   
Disebabkan tamakkan harta dan kekayaan yang dimiliki Datuk Dahlan, Datin Cantara sanggup merampas cinta suci Nora John Abdullah, iaitu ibu kandung Danial Akmal terhadap Datuk Dahlan. Pada malam pernikahan Danial Akmal, dia telah ditembak dan Eryna Izzati pula telah hilang ingatan. Setelah pulih dari koma, Eryna Izzati tidak mengenali Danial Akmal dan cintanya berubah kepada Amir Ridzuan. Namun, Danial Akmal tetap menanti Eryna Izzati agar kembali kepadanya. Datin Cantara dan anak angkatnya Shirly telah mengupah orang membunuh Eryna Izzati. Apakah yang terjadi kepada Eryna Izzati? Dapatkah Danial Akmal menerima musibah ini?
Tarikh Terbit: 28 Sep 2011



2) Bukan Milikmu~Salleh Shihabuddin~RM 19.90

Nor Akma dan Nor Atikah adalah dua beradik. Nor Akma telah dinodai dan mengandungkan anak Najeev Hakimi. Kemudian lelaki itu meninggalkannya. Tanpa belas kasihan Nor Akma dipukul dan diusir ayahnya. Akhirnya dia tinggal bersama keluarga angkat yang tanpa pengetahuannya adalah ayah dan ibu Najeev Hakimi. Dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Di university, Izham Ha? z jatuh hati kepadanya. Tapi sayang, cintanya ditinggalkan ‘gantung tak bertali’ sebelum mereka bertemu kembali. Konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, London, menemukan kembali Nor Akma dan Najeev Hakimi. Perasaan benci kembali menular di hati. Tetapi tidak bagi Najeev Hakimi. Cinta Nor Akma perlu diraih kembali walaupun dirinya sudah dimiliki Nor Atikah, adik Nor Akma sendiri. Di antara Nor Atikah dan Nor Akma, siapakah yang menjadi pilihan hati Najeev Hakimi? Relakah Nor Atikah berkorban demi kakaknya?
Tarikh Terbit: 27 Sep 2011

No comments:

Post a Comment