Monday, September 26, 2011

RESOURCE CENTRE BRAIN TEASER (RCBT)

 
Resource Centre Brain Teaser (Rcbt) merupakan salah satu daripada aktiviti yang telah dijadualkan di dalam kalender aktiviti Pengurusan Pusat Sumber. Aktiviti yang diadakan adalah merupakan aktiviti yang melibatkan kakitangan Pusat Sumber dan juga pegawai-pegawai MIDA.
Objektif utama “Resource Centre Brain Teaser (RCBT)” diadakan ialah :-
i.              Untuk menjana minda warga MIDA melalui aktiviti yang menggunakan pemikiran dan pengetahuan.
ii.            Mengeratkan jalinan hubungan yang sihat serta kerjasama diantara warga MIDA.
iii.           Menggalakkan penggunaan Pusat Sumber sebagai tempat rujukan warga MIDA
Aktiviti ini telah dihebahkan kepada semua kakitangan MIDA melalui bulletin MIDA.        Di mana makluman ini telah dikeluarkan untuk makluman kakitangan MIDA dan pada kali kedua akan disertakan dengan borang penyertaan bagi setiap aktiviti.
Antara aktiviti / pertandingan yang dijalankan di dalam aktiviti “RCBT” ialah :-
1.    Spell It Right (S.I.R)
Permainan ini merupakan satu permainan di mana menguji minda peserta dalam membentuk satu perkataan dalam satu masa yang ditetapkan. Peserta akan diuji dengan perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap perkataan yang dieja mestilah disebut dengan betul dan jelas.
Permainan ini telah dijalankan secara perseorangan/individu. Setiap bahagian dikehendaki menghantar seorang wakil bagi menyertai permainan ini.
Pemenang telah diambil kira melalui berapa banyak perkataan yang di eja dengan betul dalam masa yang ditetapkan.

Tarikh       : 5hb Julai 2011
Tempat     : Ruang bacaan Pusat Sumber
Masa        : 12.30 – 1.30 petang
Hadiah :
Johan             = RM  80.00
Naib Johan   = RM  70.00
Ketiga             = RM  60.00
Keempat        = RM  50.00
Kelima           = RM  40.00




2.    “Break the Words”
Merupakan satu permainan di mana menguji kepantasan dan kecekapan minda peserta dalam membentuk perkataan-perkataan lain dari satu perkataan yang diberi. Perkataan yang diberikan adalah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Peserta dikehendaki membentuk seberapa banyak perkataan dalam masa yang diberi. Peserta dikehendaki membentuk empat huruf bagi setiap perkataan yang dibentuk. Masa yang diberi adalah 15 minit sahaja.
Tarikh       : 12hb Julai 2011 (Selasa)
Tempat     : Ruang bacaan Pusat Sumber
Masa        : 12.30 – 1.30 petang

Hadiah :-
Johan                   = RM 80.00
Kedua                  = RM 70.00
Ketiga                   = RM 60.00
Keempat              = RM 50.00
Kelima                 = RM 40.00




Hummm apakah jawapannya?? org kiri kanan aku ni buat cam senang jer....


"Eh kita pose jap, senyumlah sikit dik.." kata kakak tudung purple kepada si tudung coklat





3.    “Crossword Puzzle Competition”
Aktiviti ini telah diadakan pada 20hb Julai 2010 (Rabu). Bagi acara ini, ia dijalankan secara berpasangan di mana setiap pasangan akan mempunyai dua peserta.
Aktiviti ini merupakan satu aktiviti di mana peserta perlu mengisikan kotak-kotak kosong dengan huruf tertentu yang akan membentuk satu perkataan. Dua set soalan iaitu dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan dibekal dan peserta hanya diberikan masa selama 25 minit bagi memenuhi kotak-kotak kosong.
Tarikh       : 20hb Julai 2011 (Rabu)
Tempat     : Ruang bacaan Pusat Sumber
Masa        : 12.30 – 1.30 petang

Hadiah :-
Johan                   = RM 100.00
Kedua                  = RM   80.00
Ketiga                   = RM   70.00
Keempat              = RM   50.00

macam mana ni?? tanya si teruna, si dara jawab elehhh kacang jer...


kita buat kajian guna kamus jap yer...






Belek2 jgn x belek


Aman damai khusuk jer semua

4.    “Info Hunt”
Aktiviti ini merupakan satu aktiviti di mana menggalakkan peserta-peserta yang mengambil bahagain menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dalam Pusat Sumber. Aktiviti ini dijalankan secara berpasukan di mana setiap pasukan terdiri daripada dua peserta. Setiap pasukan akan diberikan satu set soalan dan akan membuat pencarian jawapan bagi setiap soalan berdasarkan bahan-bahan yang terdapat di dalam Pusat Sumber.

Tarikh       : 27hb Julai 2011 (Rabu)
Tempat     : Ruang bacaan Pusat Sumber
Masa        : 12.30 – 1.30 petang

Hadiah :-
Johan                   = RM 80.00
Kedua                  = RM 70.00
Ketiga                   = RM 60.00


Keempat              = RM 50.00


Kelima                 = RM 40.00
Ada gaya lah kak


" Mana boleh jadi... pasti ada disini" kata kakak bertudung pink coklat itu


Cikkkuuuu Cakkkkkk... mana mau sembunyi hah??


Bilik wan di serbu pekerja yg inginkan gaji :)


Jaga2 cik salmah, jangan kena hempap ngan surat khabar sudah....


Si teruna-teruna menghantar borang mencari si dara hahhaha
Kesemua aktiviti yang telah dirancangkan dapat dijalankan dengan baik dan juga mendapat sambutan daripada kakitangan MIDA bagi menyertai acara-acara yang dijalankan. Keputusan aktiviti yang telah dijalankan :-





1.    Spell It Right (S.I.R)

Tempat pertama             Fatimah Az Zahra Bt Mohd Ripin
                                       (Pengurusan Kewangan)

Tempat Kedua                Tunku Nuzian Nurul Tunku Fathahi
                                       (Perancangan Strategik)

Tempat Ketiga                Hasnina Bt Salleh
                                       Pengurusan Korporat)

Tempat Keempat            Rosni Shamsudin
                                       (Industri Makanan)
                                               
Tempat Kelima               Nazri senin
                                       (Industri Tekstil dan Galian Bukan Logam)


2.    “Break the Words”

Tempat pertama             Maizatul Akmar Mohammed Hashim
                                       (Industri Elektronik)

Tempat Kedua                Mohd Azim Mohd Shariff
                                       (Industri Kimia)

Tempat Ketiga                Mohd Erfian Johari
                                       (Penggalakan Zon Asia Oceania)

Tempat Keempat            Zamani Aishah Zainudin
                                       (Pembangunan Sumber Manusia)

                                               
Tempat Kelima               Nor Ain Shahrum
                                       (Pembangunan Sumber Manusia)




3.    “Crossword Puzzle Competition”
Tempat pertama          Mohd Azim Mohd Shariff
                                    (Industri Kimia)

                                    Mohd Shafrizal Mohd Shofi
                                   (Industri Kimia)

Tempat Kedua             Siti Norhasmeza Hasan
                                    (Jentera dan Sokongan Kejuruteraan)
                                     
                                    Roslinda Rosli
                                    (Jentera dan Sokongan Kejuruteraan)

Tempat Ketiga             Khairul Amir Alais
                                    (Pengawasan Pelesenan dan Galakan)

                                     Putri Sarah Lina Megat Ariffin
                                     (Media dan Komunikasi)

Tempat Keempat           Zamani Aishah Zainudin
                                      (Pembangunan Sumber Manusia)


                                      Nazimah Abd Halil
                                      (Pembangunan Sumber Manusia)
                       
           
4.    “Info Hunt”

Tempat pertama            Hasman Repi Ahmad Repi
                                      (Penggalakan Zon Amerika)

                                       Siti Maryam Husin
                                       (Penggalakan Zon Amerika)

Tempat Kedua                Azlan Abdul Ghafar
                                       (Perancangan Strategik)


                                       Mohd Hanif Azman
                                       (Industri Tekstil dan Galian Bukan Logam)

Tempat Ketiga                Nazimah Abd Halil
                                       (Pembangunan Sumber Manusia)

                                       Nurul Aini Md Khairi
                                       (Pembangunan Sumber Manusia)

Tempat Keempat            Muhammad Dzulkarnain Abdul Aziz
                                       (Media dan Komunikasi)


                                       Shahrul Ikhwan Mat Rahim
                                       (Industri Kimia)

            Tempat Kelima              A Hafinaz Rashid
                                                  (Pengawasan Pelesenan dan Galakan)


                                                  Norlina Ramli
                                                 (Pengawasan Pelesenan dan Galakan)



Kesimpulan

Secara umumnya, pendekatan yang digunakan untuk menarik minat pegawai-pegawai MIDA untuk datang dan menggunakan bahan yang disediakan oleh Pusat Sumber adalah baik. Melalui acara / aktiviti yang dijalankan akan dapat menarik minat lebih ramai pegawai-pegawai MIDA untuk menggunakan bahan yang disediakan.

Melalui aktiviti berpasukan pula akan dapat menarik minat pegawai-pegawai MIDA datang dan menggunakan bahan secara beramai-ramai.

Keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan banyak memberi kebaikan kepada kakitangan MIDA dan kakitangan Pusat Sumber.

Pihak urusetia RCBT mengucapkan ribuan terima kasih kepada En N. Parameswaran yang menyokong dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pada 29hb Julai 2011.

Tuesday, September 20, 2011

NOVEL BARU

Hai kawan2 RC nak kongsi  novel terbaru dari Buku Prima. Jika kawan2 berkelapangan bolehlah melawat web Buku Prima, macam2 boleh dikongsi

http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp

Hari ini RC nak berkongsi 2 novel yang akan berada dipasaran pada hujung bulan Sept ini ....

1) Air Mata Rindu ~ PITTERIAH ABDULLAH~RM 25.90
   
Disebabkan tamakkan harta dan kekayaan yang dimiliki Datuk Dahlan, Datin Cantara sanggup merampas cinta suci Nora John Abdullah, iaitu ibu kandung Danial Akmal terhadap Datuk Dahlan. Pada malam pernikahan Danial Akmal, dia telah ditembak dan Eryna Izzati pula telah hilang ingatan. Setelah pulih dari koma, Eryna Izzati tidak mengenali Danial Akmal dan cintanya berubah kepada Amir Ridzuan. Namun, Danial Akmal tetap menanti Eryna Izzati agar kembali kepadanya. Datin Cantara dan anak angkatnya Shirly telah mengupah orang membunuh Eryna Izzati. Apakah yang terjadi kepada Eryna Izzati? Dapatkah Danial Akmal menerima musibah ini?
Tarikh Terbit: 28 Sep 2011



2) Bukan Milikmu~Salleh Shihabuddin~RM 19.90

Nor Akma dan Nor Atikah adalah dua beradik. Nor Akma telah dinodai dan mengandungkan anak Najeev Hakimi. Kemudian lelaki itu meninggalkannya. Tanpa belas kasihan Nor Akma dipukul dan diusir ayahnya. Akhirnya dia tinggal bersama keluarga angkat yang tanpa pengetahuannya adalah ayah dan ibu Najeev Hakimi. Dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Di university, Izham Ha? z jatuh hati kepadanya. Tapi sayang, cintanya ditinggalkan ‘gantung tak bertali’ sebelum mereka bertemu kembali. Konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, London, menemukan kembali Nor Akma dan Najeev Hakimi. Perasaan benci kembali menular di hati. Tetapi tidak bagi Najeev Hakimi. Cinta Nor Akma perlu diraih kembali walaupun dirinya sudah dimiliki Nor Atikah, adik Nor Akma sendiri. Di antara Nor Atikah dan Nor Akma, siapakah yang menjadi pilihan hati Najeev Hakimi? Relakah Nor Atikah berkorban demi kakaknya?
Tarikh Terbit: 27 Sep 2011