Thursday, January 27, 2011

Perpisahan

Hari perpisahan yang sebenar pun muncul tanpa di pinta.. : '( sedih saat dan ketika itu hanya warga PS dan Diba jer tau.. emm RC sebenarnya bercuti pada 21/1/2011 sbb meraikan hari lahir suami, tapi kawan-kawan menceritakan yang Diba siap teresak-esak sedih, RC yang dengar jer pon rasa nak menitik airmata ni juga, tapi kawal , jangan tak kawal :) .

Buat Diba kami di PS ni akan ingat semua budak praktikal yang datang kesini seperti Fatin, Hafiz, shukrina, Dalina, dll. Kami sentiasa mengalu-alu kan kedatangan kalian melawat kami disini.. jangan lupakan kami disini, nak datang tiap-tiap minggu pon boleh, hari jumaat boleh lunch lama-lama & bersama-sama.

Buat Diba kami disini mendoakan moga maju jaya dalam apa bidang yang diceburi, moga menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.

 Mata Diba yang menahan airmata dari mengalir huhuhu
 sedikit cenderamata dari warga PS kepada mu moga menjadi tanda ingatan
 Hasil kerja tangan Diba tanda ingatan untuk borang soal selidik pelanggan. Terima kasih Diba

Sunday, January 23, 2011

Sambutan hari jadi & perpisahan

kawan-kawan, RC nak cerita sikit aktiviti-aktiviti sosial Pusat Sumber.kami ni selain bekerja jer dengan buku-buku & pengguna , kadang-kadang kami ni gila-gila lah sikit. Bukan apakan, dalam pekerjaan kita kena cari keseronokan, barulah hidup tak boring :). Setuju kan? So bebaru ni kami mengadakan sambutan hari jadi, biasanya kami lakukan setiap 3 bulan sekali tapi kali terakhir kami menyambutnya pada bulan Jun 2010. Jadi kali ni ramai lah yang potong 1 kek yang comel tu, kalu tak percaya nanti saksikan gambar-gambar sekitar majlis tu ye.

Selain sambutan hari jadi sebenarnya kami meraikan tetamu kami, Cik Adibah Kalyisah Jasni. Beliau adalah pelajar praktikal dari UNISEL .Selama 2 bulan beliau di Pusat Sumber MIDA ni ,bermula dari 22 Nov. 2010 hingga 21 Jan. 2011.Seorang yang x banyak cakap tapi bila dah kenal boleh tahan becoknya dia, sweet , simple, baik hati & mudah bergaul..Buat Diba kami di PS amat rindukan kamu, selalulah datang melawat kami.




Ini lah Diba pelajar praktikal PS

Tetamu kami : )
yum yum kek besday kami  : ) & kek perpisahan : (

 Besday boys & girls..

Penyampaian hadiah, terima kasih penganjur kami suka hadiah yang kami dapat.










Gaya bebas kami......................
Gaya kami yang Formal
Saguhati untuk Adibah, adik praktikal kami..Semoga Diba akan maju jaya dalam segala urusan..

Tuesday, January 18, 2011

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan

Hai kawan-kawan, meh sini RC nak kongsi perkhidmatan-perkhidmatan yang ada di Pusat Sumber RC yer







Perpustakaan terkenal di Dunia


Perpustakaan terkenal di dunia

Sunday, January 16, 2011

RC Team

Hai kawan-kawan, jumpa lagi, mesti selama ni ramai tertanya-tanya siapalah ahli-ahli RC MIDA kan?? emm hari ni ngan rasa bangga hati RC nak tayang lah muka rakan-rakan lain untuk tatapan semua :) salam perkenalan dari mereka semua kepada pembaca-pembaca blog RC. selepas ini RC akan sedikit sebanyak kupas cerita-cerita dari mulanya RC ini bertapak di MIDA yer , nantikan gegarannya : D




'Book Review' - Zaman Awal Remajaku

Hai kawan-kawan, RC telah mendapat jemputan book review pada 11 Jan. 2011 yang lepas.. emm cantikkan tarikh tu heheh..Eh bukan RC pergi sorang, RC pergi bersama Pn.Nazlia & Pn. Salmi. kami tiba disana pada jam 12 tghari, al maklumlah kan nak cari parking lagi. Ini keterangan majlis yang RC pergi

SESI BOOK REVIEW, BIL. 1/2011
11 JAN. 2011
DEWAN NILAM, TINGKAT 6, MITI
12.30 TGHARI-1.30 PTG

RC rasa program yang Pusat Sumber MITI jalan kan ni bagus lah. RC berkenan laks.. emm nanti kalu berpeluang Pusat Sumber kita pon berpeluang buat acara macam ni seronok juga dapat jumpa penulis buku kepada buku yang akan dilancarkan. meh RC tunjukkan gambar-gambar bukti yer  : D




Ini susun atur majlis  & yang comei kat atas tu MC Majlis
antara tetamu-tetamu yang hadir
NI lah teman RC kat majlis tu
Ini adalah pengulas buku Zaman Awal Remajaku. Istimewa nya tentang Beliau ialah dia mengulas buku yang ditulis oleh Bapanya sendiri & Beliau juga adalah salah seorang kakitangan MITI.


Ulasan tentang Buku ini ialah bagi RC baguslah sebab dalam buku tu banyak catitan kenangan zaman dolu-dolu yang RC sendiri pon tak pernah merasai zaman itu, macam, mandi air perigi, berjalan berbatu2 ke sekolah, pakaian hari raya hanya lah pakaian baru sekolah dan yang paling menarik seperti kulit buku dimana seorang budak lelaki hanya memakai seluar dimana butangnya telah tercabut dan untuk mengunakannya lagi budak lelaki itu terpaksa menjerut seluarnya dengan tali.. emm sedih jer kalu dengar cerita orang-orang dulu tentang kepayahan dan keperitan hidup, kita anak-anak cyber ni dah agak senang dalam banyak segi... jadi kawan-kawan hargailah apa yang kita ada kini disamping menambah baik apa yang perlu. Apa-apa pun lafaz syukur perlu sentiasa ada.

Wednesday, January 5, 2011

Jenis-jenis Perpustakaan

Jenis-jenis Perpustakaan
  1. Perpustakaan Negara
  2. Perpustakaan Akedemik
  3. Perpustakaan Awam
  4. Perpustakaan Khusus
  5. Pusat Sumber

Perpustakaan Negara

Perpustakaan Negara merupakan perpustakaan terbesar untuk sesebuah negara dan mempunyai koleksi terbanyak serta menjadi pusat rujukan utama. Kebanyakan perpustakaan negara juga dijadikan "Pusat Bibliografi Negara". Pengguna untuk Perpustakaan Negara adalah orang awam sama ada rakyat negara terbabit atau masyarakat luar (terutama penyelidik yang mahu membuat kajian terhadap negara terbabit). Belanjawan Perpustakaan Negara adalah di bawah kerajaaan yang mentadbir sesebuah negara itu. Contoh Perpustakaan Negara ialah Perpustakaan Negara Malaysia.


Perpustakaan akademik

Perpustakaan akademik merujuk kepada perpustakaan yang terdapat di pusat pengajian tinggi dan koleksi-koleksinya berasaskan kursus yang terdapat di pusat pengajian tinggi tersebut. Ia dibuka kepada para pelajar, pensyarah dan penyelidik luar. Contoh perpustakaan akedemik ialah Perpustakaan Tun Dr Ismail (UiTMJohor).

Perpustakaan awam

Perpustakaan awam merujuk kepada perpustakaan negeri. Perpustakaan awam dibiayai oleh kerajaan negeri masing-masing dan koleksinya adalah menyeluruh. Penggunanya adalah sama seperti perpustakaan negara tetapi ia lebih menekankan kepada masyarakat setempat. Contoh perpustakaan awam ialah Perpustakaan Awam Melaka.

Perpustakaan khusus

Kebanyakan perpustakaan khusus adalah perpustakaan yang dibina oleh syarikat-syarikat persendirian yang mempunyai koleksi berkaitan perniagaan mereka. Sebagai contoh Perpustakaan Khusus SIRIM yang mengandungi koleksi hanya berkaitan SIRIM sahaja. Penggunanya pula adalah kakitangan SIRIM dan penyelidik luar yang mahu maklumat mengenai SIRIM.

Pusat sumber

Apabila berkata mengenai pusat sumber, ia lebih merujuk kepada pusat sumber sekolah. Koleksinya pula hendaklah berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum dan ko-akademik sekolah. Namun permasalahan yang terdapat di dalam pusat sumber kini adalah kekurangan koleksi berbentuk ilmiah dan kebanyakan pusat sumber hanya menumpukan kepada koleksi berbentuk luar dari ilmiah seperti novel.
Pusat Sumber Sekolah bukan hanya sekadar bilik-bilik tertentu, tetapi keseluruhan prasarana yang terdapat di sekolah, bermula dari pintu pagar hingga ke seluruhan kawasan sekolah yang menjadi sumber pendidikan. Ianya termasuk bilik-bilik khas, taman-taman, kantin atau apa sahaja yang boleh dijadikan rujukan.
Selain daripada 5 jenis perpustakaan di dunia, terdapat pecahan kecil yang mengungkai cara perpustakaan-perpustakaan ini bergerak iaitu:

Perpustakaan

Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (kerajaan), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. Perpustakaan terbesar adalah "Perpustakaan Kongres".

Monday, January 3, 2011

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

 Ini adalah gambar bangunan PNM, seni bina yang unik, jika anda belum pernah menjejakkan kaki kesana, cepat-cepat lah saksikan sendiri senibinanya , kemudahan & perkhidmatan yang ditawarkan.
 Ini pula adalah waktu Perkhidmatan PNM
Ini adalah contoh gambar dalam PNM

Pesta Buku Antarabangsa







Ini adalah Fan Page Rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 akan diadakan daripada 22 April hingga 1 Mei 2011. Pastikan masuk dalam kalendar Anda. Layari web ini :


www.klibf.com.my

Sunday, January 2, 2011

Malaysia Public Holidays 2011

Salam 1Malaysia, di sini RC  sertakan kalendar 2011 untuk rujukan anda.. semoga kalendar ini dapat memanfaat kan hari-hari anda....

Malaysia Public Holidays 2011 

Selamat Tahun Baru

Hello buat pembaca Blog RC,
apa khabar semua? Harap kalian sihat sentiasa..
emm... tahun telah bertukar kini kita telah berada dalam tahun 2011..
Azam anda?
Cita-cita anda?
Impian anda?
Semua kena lah tanam semangat baru bagi memperbaiki mutu kehidupan kita di masa akan datang.
Jangan lupa berkongsi cerita dengan kawan-kawan lain yer... : D